::ONE DROP PERFUME HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANDA PADA TAHUN INI::PATI MINYAK WANGI TANPA CAMPURAN ALKOHOL DAN AIR::BAUAN YANG DIKENALI RAMAI TANPA BERBELANJA RATUSAN RINGGIT::HANYA SETITIK BADAN WANGI SEPANJANG HARI::DIINSPIRASIKAN DARIPADA JENAMA ANTARABANGSA::

February 21, 2011

Kenapa Mintak Wangi Berbeza Semasa Dibeli dan Semasa Dipakai?

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana sesuatu haruman itu mempunyai bau yang harum bila dipakai oleh rakan anda tetapi baunya berlainan bila dipakai oleh anda sendiri? Ataupun semasa anda membelinya ia memberikan bau yang berbeza dengan semasa anda memakainya dirumah?


Berikut adalah beberapa sebab berlakunya perkara tersebut:-

1)Bau minyak wangi akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.


2) Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan baunya akan hanya timbul setelah satu tempoh.


3)Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan  yang berterusan.


4)  Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu "top note". Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya akan timbul.


5) Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Oleh itu, tidak hairanlah jika orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan sedangkan kita tidak.


credit to http://zulzol.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger